Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, keutamaan akan diberikan premis-premis melibatkan kecemasan seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya.

Katanya, pihaknya juga akan menempatkan 106 tangki statik di premis kritikal serta lokasi strategik selain penyediaan sembilan lokasi pili air awam bagi kegunaan penduduk yang terjejas.

"Selain itu juga, sebanyak 10 buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan bermula pada jam 8.00 pagi pada Jumaat ini bagi memberikan bantuan kepada para pelanggan.

"Stesen pengisian air khusus pembelian air juga disediakan kepada pelanggan industri dengan menggunakan lori tangki yang diuruskan sendiri oleh mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, pembelian air untuk pelanggan industri itu boleh dilakukan di 
kaunter Pejabat Wilayah Air Selangor.

Jelas Abdul Raof, pihaknya komited dan berusaha melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan ini mengikut jadual serta mempercepatkan proses pemulihan bekalan.

"Justeru, orang ramai boleh melayari laman sesawang di www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan memuat turun aplikasi Air Selangor menerusi Google Play dan App Store bagi tujuan maklumat dan status yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya. - K! ONLINE 

INFO 

Lokasi pembelian air oleh pihak Industri

  1. 1.Klang - Kolam Sungai Kapar Indah C, Lebuh Sungai Kapar Indah
  2. 2.Petaling - Jalan TPK2/2, Taman Perindustrian Kinrara, Puchong dan Jalan 1/1 Taman Metro Puchong
  3. 3.Gombak - Jalan Mutiara 1, Taman Selayang Mutiara,Bandar Baru Selayang, Batu Caves
  4. 4.Hulu Langat dan Kuala Lumpur - Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat, Batu 11, Jalan Cheras – Kajang
  5. 5. Kuala Selangor - Simpang 3, Jalan Bukit Belimbing, Kampung Permatang. 

Pili air awam 

  1. 1.Klang - Masjid Ar Rahimah Sri Andalas. 
  2. 2.Shah Alam - Persiaran Selangor, Seksyen 16.
  3. 3.Petaling - Sekolah Kebangsaan Desa Tasik Jalan 11/146, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi; PJS 3, Taman Medan; Pejabat Perhutanan Sungai Buloh, Km 21, Jalan Subang dan Pejabat Ahli Majlis Zon 23, Taman Awam SS9, Jalan SS9/10.
  4. 4.Kuala Lumpur -  Gelanggang Futsal Sungai Besi.
  5. 5.Kuala Selangor - Pusat Perniagaan Alam Jaya, Jln PPAJ 2/8 dan Pusat Perniagaan Alam Jaya, Jln PPAJ 3.