JPJ dalam satu kenyataan berkata, insiden sekitar bulan Mei 2015 itu berlaku selepas pemandu lori tersebut meninggalkan kenderaan mereka di bahu jalan sehingga menghalang lalu-lintas.

“Pada masa tersebut, anggota penguatkuasa Stesen Penguatkuasa Mentara yang sedang melakukan rondaan di sekitar Jalan Aring ke Tasik Kenyir telah mendekati lori tersebut.

“Mereka dapati pemandu lori tersebut sedang mandi-manda di atas bukit berdekatan dan telah bergegas turun dengan hanya berseluar dalam selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, anggota penguatkuasa telah mengarahkan mereka untuk menukar pakaian tetapi memberi alasan bahawa pakaian berada di atas bukit. 

“Disebabkan itu, mereka telah duduk di sebelah kanan belakang kenderaan penguatkuasa supaya tidak dilihat oleh orang yang lalu-lalang.

“Para pemandu tersebut telah diarahkan untuk mengalihkan kenderaan dan diingatkan supaya tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut,” katanya,” katanya

Penafian tersebut juga telah disokong oleh salah seorang pemandu lori tersebut melalui laporan polis bertarikh 9 Februari lalu.

Justeru orang ramai diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang penyebaran berita tanpa mendapatkan kepastian daripada sumber yang benar. - K! ONLINE