Pengarah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohammed berkata sebaliknya, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati gambar yang tersebar itu sebenarnya dipercayai telah dirakam di India dan diambil daripada internet sebelum di­sebarkan.

“Hari ini (semalam) saya dimaklumkan ada pihak mengguna­kan gambar yang sama dan mendakwa harimau itu ditemui di Mersing, Johor pula,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.