Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata (gambar kecil), penetapan pemotongan gaji berkenaan diputuskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November lalu bertujuan mengurangkan beban golongan muda dalam membuat pembayaran balik pinjaman.

“Potongan itu akan me­ningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan peminjam.

“Mengenai janji bayaran balik sehingga gaji gra­duan mencapai RM4,000 akan dipertimbangkan semula pelaksanaannya apabila kedudukan kewangan kerajaan mengizinkan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.