Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, gajah tersebut dilihat berlegar-legar di dalam kawasan kantin sekolah sebelum keluar dan menuju ke hutan berhampiran.

Kehadiran gajah itu bagaima­napun berjaya dirakam oleh pengawal keselamatan berke­naan sebelum video rakaman itu menjadi tular di laman sosial.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS), Datuk Maimunah Suhaibul berkata, pihaknya telah mengarahkan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) untuk melawat sekolah berkenaan bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai kejadian itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.