Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi, gajah jantan seberat 3.5 tan itu berjaya ditangkap selepas pihak Perhilitan menerima maklumat kehadiran mamalia tersebut yang merosakkan kebun pisang penduduk.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohd. Hasdi Husin berkata, pihak Perhilitan Jeli menerima aduan berkenaan pada pukul 7 pagi selepas penduduk terserempak dengan haiwan liar tersebut di suatu kawasan kebun.

"Sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dan memulakan operasi untuk menangkap haiwan tersebut.

"Haiwan yang mempunyai saiz tapak kaki sebesar 17.3 inci serta berat kira-kira 3.5 tan itu berjaya ditangkap pada pukul 9.15 pagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE