Dalam kejadian pada pukul 10.58 malam itu, penunggang motosikal yang berusia lingkungan 20-an disyaki tergelincir ketika cuba memotong lori terbabit di bahu kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, akibat kejadian itu treler yang tidak sempat memberhentikan kenderaa gagal mengelak lalu menggilis mangsa.

"Sebelum kejadian lelaki terbabit sedang menunggang motosikal seorang dari arah Papar menujuk ke Kota Kinabalu dekat sini.

"Ketika dalam perjalanan, mangsa gagal memotong sebuah treler sehingga mengakibatkan motosikalnya hilang kawalan dan dilanggar treler berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ladamah, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Papar di sini untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu sehingga menyebabkan kemalangan. - K! ONLINE