Difahamkan, kumpulan penyokong yang membawa bendera PKR itu dikatakan berarak menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berpihak kepada Pakatan Harapan.

FRU yang berkawal untuk tujuan keselamatan itu terpaksa melepaskan meriam air selepas mereka tidak mahu berganjak.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi berkata, pihak polis telah melakukan kawalan keselamatan di beberapakan kawasan tumpuan atau 'hotspot' di beberapa tempat termasuk PMO dan Seri Perdana. - K! ONLINE