Dalam kerjasama tersebut, Kejora menyediakan kawasan tanah untuk penyelidikan dan pembangunan seluas 5.6 hektar dan dana manakala FRIM menawarkan kepakaran dalam membangunkan ladang mengkuang, pengujian kualiti daun mengkuang dan mengenal pasti spesies mengkuang yang sesuai

MOA tersebut bertujuaan menjalankan kajian tanaman itu termasuk penyediaan anak-anak pokok serta pengujian kualiti daun mengkuang yang ditanam untuk diselaraskan dengan produk hiliran seperti kraftangan yang bakal dibangunkan.

FRIM telah mengutip anak-anak benih mengkuang dari Kelantan, Selangor dan Johor untuk dibesarkan di tapak semaian terbabit dan beberapa anak pokok bakal telah ditanam sempena majlis tersebut.

Kerjasama ini dijangka akan menyumbang kepada perspektif dan hala tuju baharu industri kraftangan negara serta secara tidak langsung turut mendokong aspirasi kerajaan ke arah membudayakan pemindahan pengetahuan menerusi program ‘knowledge’ atau ‘technology transfer’ sebagaimana yang diuar-uarkan kerajaan. 

Majlis MOA tersebut dihadiri oleh Pengurus Besar Kejora, Norazam Othman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM, Dr. Khali Aziz Hamzah. - K! ONLINE