Beliau berkata, empat kluster lain ialah pendidikan, pengangkutan, utiliti dan kesihatan.

“Kami mengambil beberapa pendirian proaktif dalam perkara ini kerana kami mendengar dengan teliti permasalahan yang banyak menjadi isu rakyat.

“Kos sara hidup bukan hanya meliputi soal harga barangan, makanan dan minuman sahaja maka kami mengambil kira aspek-aspek mengikut kluster yang telah diwujudkan ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil 1/2018 di bangunan Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.