Penasihat program, Dr. Ahlam Abdul Aziz berkata, majlis yang bertemakan “Dazzling Al-Kareem: Discovering New Hopes” bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan bersama golongan kurang bernasib baik di bulan suci ini.

“Dazzling Al-Kareem berhasrat untuk mengimarahkan hubungan fakulti dengan masyarakat setempat agar sama-sama menikmati Ramadan dengan gembira.

“Di samping itu, kita dapat melatih pelajar menghargai kelebihan dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir, Dekan FKPM, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya dan Pencetus Ummah (PU) Hafiz.

Majlis itu turut diserikan dengan sumbangan hamper dan duit raya berjumlah lebih RM12,000 hasil kutipan derma yang digerakkan oleh para pelajar dan pensyarah fakulti sendiri.

Selain itu, tetamu yang diraikan turut menerima satu persalinan baju raya yang disumbangkan oleh butik-butik setempat dan baju raya terpakai yang berjaya dikumpulkan. - K! ONLINE