Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras itu adalah antara 16 pemain terbaik dari Malaysia, Filipina dan Singapura yang terpilih untuk menjalani latihan antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada Disember 2016.

Bapanya, Azeman Md. Rashid, 40, berkata, Muhammad Haziq merupakan seorang pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Dia sangat teruja apabila terpilih menjalani latihan di Barcelona dua tahun lalu apatah lagi dapat menyaksikan pasukan kegemarannya iaitu Barcelona beraksi didepan mata termasuk melihat lebih dekat pemain idolanya, Lionel Messi sehingga dia digelar Haziq Messi dalam kalangan rakan-rakannya,” jelasnya.

Azeman yang juga pengurus peribadi Muhammad Haziq memberitahu, anaknya mula bermain bola sepak ketika berusia enam tahun dan bermain untuk pasukan Tunas Lagenda FC (TLFC) sejak 2013 hingga sekarang yang diuruskan oleh lagenda bola sepak negara, Bakri Ibni.

Mengulas mengenai kos perubatan, Azeman memberitahu, dia perlu mencari sumber kewangan untuk merawat anaknya itu dan orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan keluarga Mohd. Haziq boleh menghubungi Azeman di talian 019-9624 213. - K! ONLINE