Aliff, 30, ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam mengakui masih terkejut dengan kejadian tersebut memandangkan kereta Ferrari itu merupakan kenderaan kesayangannya yang dibeli pada harga RM1.8 juta.

“Sebaik sahaja saya dimaklumkan tentang kejadian tersebut semalam (kelmarin) saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Sepanjang hari saya menangis me­ngenangkan kereta tersebut. Bukan mudah hendak membelinya dan kini ia tiada lagi buat selamanya,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.