Skim itu akan memberi tumpuan khusus kepada aspek pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), ekoran permintaan dan tawaran gaji yang lumayan daripada majikan. 

"Perancangan ini bermula sejak tahun lepas dan kita mengadakan perbincangan dengan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dalam mencari skim baharu untuk membantu pendidikan anak peneroka. 

"Mereka diberi masa selama sebulan untuk kembali semula kepada kementerian (dengan perancangan) dan kita harap pada Februari, kita sudah boleh memperhalusi rancangan skim ini dan dibawa untuk persetujuan jemaah menteri pada Mac. 

"Kos latihan TVET agak mahal dan kita minta mereka (Khazanah dan PNB) lihat bagaimana pembiayaan boleh dilakukan, sama ada menerusi biasiswa atau pemberian pinjaman," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Kenduri Sekampung di Dewan Semai Bakti Sungai Koyan 2 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. - Bernama