Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan berkata, laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) menunjukkan terdapat­nya ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian­ dalam menjaga kepentingan Felda.

“Felda diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu.

“Didapati wujud kecuaian dalam menjalankan tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentingan Felda dan FICSB,” menurut kenyataan tersebut.

KLVC merupakan projek yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) di kawasan tanah milik Felda di Jalan Semarak di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.