Pengerusinya, Tan Sri Shahir Abdul Samad berkata, jawatankuasa itu yang bermula kelmarin akan melakukan semakan perundangan bagi mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor yang dibuat dalam laporan audit forensik Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, selain mendakwa di mahkamah, pihak­nya juga akan mengambil tindakan memecat, menurunkan pangkat dan memotong gaji pihak yang didapati bersalah.

“Kita akan membuat semakan undang-undang berdasarkan laporan akhir audit forensik yang dibuat JPM. Ia akan berlangsung selama tiga bulan dengan dipengerusikan oleh Ke­tua Pengarah Lembaga Mi­nyak Sawit Malaysia, Datuk Ahmad Kushairi Din.

“Siasatan dan semakan perundangan akan dilakukan ke atas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB) dan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) berdasarkan rekod dan dokumen semasa transaksi berlaku pada tahun 2014,” kata­nya pada sidang akhbar Pengumuman Hasil Audit Forensik Tanah Jalan Semarak di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.