“Kami tidak bernikah pada tarikh 13 November dan tidak juga bernikah di Mekah.

“Sebaliknya kami hanya bertunang pada tarikh 13 November itu,” ujar Fattah yang ditemui pada satu sidang akhbar khas di Hotel Royale Chulan di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Fazura menjelaskan mereka tidak akan bertunang dalam satu tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, majlis pernikahan mereka akan dijalankan secara tertutup pada tarikh yang belum dibincangkan.

“Kami akan bernikah dalam masa terdekat. Majlis resepsi akan dilangsungkan pada tahun hadapan,” jelas Fazura.

Terdahulu, pasangan ini mula dikaitkan bercinta selepas bergandingan dalam drama rantaian popular Hero Seorang Cinderella pada bulan Mei lalu.

Saling bertukar-tukar kejutan bunga mawar sempena hari lahir masing-masing, mereka kekal memilih untuk tidak mengiakan atau menafikan wujud cinta antara mereka.

Sepanjang berada di sana, masing-masing dilihat memuat naik gambar bersama sekaligus menguatkan dakwaan sudah bernikah. - K! ONLINE