Mohd. Farish, 47, dibebaskan pada pukul 10 malam pada hari yang sama dia ditahan di sebuah restoran di kompleks beli-belah Publika Solaris, di ibu kota kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pihak polis telah mengambil keterangan daripadanya kira-kira sembilan jam sebelum membebaskannya dengan jaminan polis.

“Keterangannya diambil bagi tujuan melengkapkan siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita pada Jumaat lalu.

“Keperluan untuk men­dak­wanya adalah bergantung kepada hasil siasatan yang masih dijalankan,” katanya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.