Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun itu, suami kepada pelakon jelita, Datin Diana Danielle, 27, itu dikatakan berkelakuan ganas dengan menendang dua orang awam di lokasi sama.

Kosmo! difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu dikatakan telah menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.