Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisio­ner Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan terhadap tiga individu itu mendapati laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil adalah tidak berasas dan sengaja mereka bukti palsu.

Bagaimanapun, katanya, seorang rakan artis pelakon itu, Sofi Jikan didapati positif dadah jenis ganja dan telah didakwa di mahkamah.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah Perunda­ngan Negeri Selangor yang me­ngarahkan Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu.

“Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Maj­lis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.