Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pelakon yang juga suami kepada Datin Diana Danielle muncul memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 3 petang semalam.

“Polis telah lama meminta pelakon berkenaan datang memberi keterangan berkaitan laporan dibuatnya pada 31 Januari lalu yang mengaitkan tiga artis didakwa memasukkan dadah ke dalam minumannya,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.