Tawaran diskaun istimewa yang diperkenalkan FAMA itu bersempena dengan pelancaran Program Jimat Belanja Dapur Pasar Tani FAMA Negeri Sabah pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin Yahya berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha FAMA melaksanakan program penjimatan bagi membantu masyarakat tempatan menangani kenaikan kos sara hidup.

“Golongan peniaga berpeluang menawarkan harga murah dan berpatutan kepada pengguna kerana urusan jual beli tidak melibatkan orang tengah. Semua yang dijual diperoleh terus dari ladang masing-masing.

“Diskaun istimewa ini adalah meliputi hasil pertanian dan produk makanan seperti sayur, buah-buahan, barang runcit dan barang kawalan (minyak masak, tepung), ayam segar (super), ikan dan produk proses (Agromas),” katanya hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur Pasar Tani FAMA Negeri Sabah di Pasar Tani Asia City di sini. - K! ONLINE