Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, pihaknya akan terus berusaha menembusi pasaran luar negara serta memperhebatkan lagi usaha mengeksport durian ke negara seperti Singapura, China, Hong Kong dan Australia.

"FAMA sasarkan nilai eksport pada tahun depan meningkat kepada RM200 juta berbanding hanya kira-kira RM70 juta tahun ini berikutan masalah cuaca yang menyebabkan pengeluaran buah terbantut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus pemasaran serta penyerahan bantuan anak pokok durian jenis Musang King kepada 65 pemilik dusun dalam daerah Yan di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di sini hari ini.

Kata beliau, permintaan terhadap durian terutama jenis Musang King sangat tinggi terutama dari China.

"Kita akan terus bergerak memasarkan buah durian ini ke seluruh dunia termasuk mengeksport ke lebih banyak wilayah di China," ujarnya. - K! ONLINE