Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, pihaknya akan terus berusaha menembusi pasaran luar negara serta memperhebatkan lagi usaha mengeksport durian ke negara seperti Singapura, China, Hong Kong, Australia dan Kanada.

“FAMA sasarkan nilai eksport pada tahun depan meningkat kepada RM200 juta berban­ding hanya kira-kira RM70 juta tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas me­rasmikan kursus pemasaran serta penyerahan bantuan anak pokok durian jenis Musang King kepada 65 pemilik dusun dalam daerah Yan di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.