Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin menyarankan pengusaha mempelam ikon Perlis itu terus berhubung dengan FAMA Perlis.

"Namun, saya menasihatkan pengusaha padang dan kebun mempelam harumanis menjaga gred serta kualiti buah mempelam itu supaya tidak menimbulkan rungutan pengguna.

"FAMA mempunyai rangkaian pemasaran yang luas seperti pasar tani di Lembah Klang, Melaka, Pahang, Putrajaya dan Johor.

 "Selain itu, promosi mempelam itu terus diperkasa seperti di TV1 menerusi slot 'Suara Kita Hak Kita', bakal dipromosi di Agro Baazar KLIA selama sebulan bermula 1 Mei depan selain Kempen Buka Puasa Ramadan dengan buah Harumanis," katanya di Ibu Pejabat FAMA Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita dalam Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur (JBD) @ Pasar Tani Peringkat Negeri Perlis.

Majlis perasmian program itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Ihsan.

Kemuncak pengeluaran buah mempelam harumanis dijangka pada awal Ramadan bulan depan. - K! ONLINE