Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) menawarkan diskaun 20 peratus bagi buah-buahan segar di Fruits Empire, antara konsep jualan yang diperkenalkan di Malaysia Fest 2018.

FAMA membawa 15 tan buah-buahan bermusim serta buah-buahan segar bernilai RM100,000.

Selain durian hibrid terbaik seperti Musang King, terdapat juga durian kampung atau durian bukan klon dari utara Perak termasuk kawasan berbukit seperti di Bukit Gantang.

"Durian dari kawasan bukit adalah yang terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corp, Zainal Abidin Yang Razalli kepada Bernama baru-baru ini.

FAMA juga membawa manggis, pulasan, cempedak, rambutan dan jambu batu, serta sayur-sayuran segar, ulam-ulaman, jagung dan banyak lagi. - Bernama