Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed berkata, kesemua pelajar terbabit bukan sahaja memperolehi sekurang-kurang 7A dalam SPM malah turut cemerlang dalam subjek sains tulen iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

"Kesemua mereka terdiri daripada pelajar sekolah harian biasa seiring dengan dasar ExxonMobil  untuk membantu meningkatkan kemahiran sains dan matematik dalam kalangan generasi muda.

"Sokongan terhadap program STEM ini merupakan tanggungjawab sosial korporat kami bagi memberi inspirasi kepada bakat muda untuk menyahut cabaran dan ganjaran menyertai kerjaya berasaskan sains, matematik, teknologi dan inovasi pada masa hadapan," katanya di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah STEM terbabit disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu, Bazlan Abd. Rahman. - K! ONLINE