Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan muktamad akan ditentukan oleh kedua-dua parti dan Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal.

"Walaupun ketua DAP negeri (Liew Chin Tong) telah berbincang dengan saya mengenai kedudukan saya tetapi ia bukan satu keputusan yang muktamad. Ia akan ditentukan oleh kedua-dua parti dan MB kerana ia hak mutlak MB untuk memilih pasukan exco beliau," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Hong Pin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Skudai berkata, Liew telah membincangkan isu berkenaan dengannya pada Isnin lepas iaitu sehari selepas Menteri Besar Johor yang baharu mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar ke-17 di Istana Bukit Serene.

"Saya menggesa semua pihak supaya menunggu pengumuman rasmi daripada MB. Selagi belum ada pengumuman rasmi, saya akan terus menjalankan tugas-tugas saya sebaik mungkin," tambah beliau. - Bernama