Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean berkata, perbuatan membocorkan kertas minit mesyuarat bagi mendapatkan komisen itu dilakukan selepas Exco tersebut bersetuju untuk menyokong permohonan pemilikan tanah seluas lebih 36 hektar kepada dua syarikat berkenaan.

"Tujuan membocorkan kertas minit mesyuarat itu dibuat untuk memulakan rundingan dan meminta komisen untuk menyokong permohonan berkenaan tanah pertanian tersebut. 

"Perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang apabila melanggar Akta Rahsia dan ia merupakan tindakan jenayah," katanya selepas ditemui pemberita setelah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini sebentar tadi.

Yong Kean yang juga Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar berkata, perkara tersebut disedari pada tahun lalu dan beliau akan memberikan bukti dan saksi-saksi kepada pihak polis.

"Sebagai wakil rakyat dan ahli Exco, beliau tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan dan menggunakan kedudukan untuk meminta rasuah.

"Saya berharap pihak polis menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukannya dalam kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby ketika mengesahkan menerima laporan tersebut.

"Bagaimanapun laporan tersebut akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan lanjut," katanya. -K! ONLINE