Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sebagai permulaan, kerajaan negeri telah membeli kereta Mercedes-Benz model E250 bagi kegunaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

“Ya, memang betul kerajaan negeri setakat ini telah membeli kereta Mercedes seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Husam Musa untuk kegunaan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Kos penyelenggaraan kenderaan jenama ini jauh lebih murah berbanding jenama lain. Exco banyak berjalan menggunakan kereta dan jarang menaiki kapal terbang dan sudah tentu memerlukan kepada kenderaan yang lebih baik, selamat, selesa serta kos penyelenggaraan yang murah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.