Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia EPIC, Rusdi Ngah berkata, ia melibatkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir dan SK Bukit Tunggal yang masing-masing memberi bantuan persekolahan berjumlah RM400 setiap seorang.

"Selain daripada menyampaikan bantuan beg sekolah, alat tulis, baucer pakaian dan kasut sekolah, pihak EPIC turut meraikan kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan itu dengan membawa mereka menonton wayang dan bersiar-siar di sekitar bandar raya ini.

"Ia merupakan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh EPIC saban tahun sejak tahun 2009 dan kita memperuntukkan sehingga RM100,000 bagi program-program berkaitan pendidikan," katanya kepada pemberita selepas program Kembali ke Sekolah bersama EPIC di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Dalam pada itu, salah seorang penerima bantuan, Akid Nur Syakirin Azanizam, 12, dari SK Seberang Takir berkata, sumbangan persekolahan tersebut merupakan bantuan kali pertama yang pernah diterimanya.

"Sumbangan yang diberikan ini sangat bermakna buat saya yang berasal dari keluarga susah kerana ayah hanya bekerja sebagai seorang nelayan dan perlu menyara kami tujuh beradik," katanya. - K! ONLINE