Beliau berkata, per­kara itu diputuskan oleh raja-raja dalam pertemuan pada pukul 10.30 pagi semalam di Istana Negara yang turut menetapkan Mes­yuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya akan diadakan pada 31 Januari ini.

Perjumpaan itu dihadiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.