Mereka adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina (SJKC) Chien Chi, SJKC Masai dan SK Taman Scientex.

Semasa mengesahkan perkara itu, Pengarah Pendidikan Johor, Shaharudin Sharif berkata, kesemua pelajar terbabit mengalami demam berpanjangan dan mempunyai simptom lain berkaitan Influenza.

"Saya telah dimaklumkan oleh sekolah-sekolah terbabit. Bagaimanapun, saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai keadaan pelajar-pelajar terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Murid-murid berkenaan dicutikan bagi mengelak penyakit itu merebak dan pihak pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat sudahpun mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. - Bernama