Kesemua enam individu berĀ­usia antara 20 hingga 30-an itu ditahan di tiga lokasi berbeza sekitar Lembah Klang antara pukul 4.30 petang kelmarin sehingga 4 pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, individu pertama berusia 29 tahun ditahan di sebuah kawasan di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin.

Katanya, hasil siasatan mendapati dia yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan kesalahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) merupakan salah seorang suspek yang terlibat dalam kes samun itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.