Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, mang­sa, Arnei Fetalvero Viana (tekong), 40, bersama awak-awak, Chfmate Josefph Aque, 30, Roger Chaves Cheif, 49, dan Thomas Taboso, 42, ditemui dalam keadaan melecur pada seluruh badan dan kaki akibat lama terdedah pada cahaya matahari.

Siasatan awal mendapati kesemua mangsa terpaksa bergadai nyawa selepas ha­nyut sejauh 60 batu nautika dari perairan Pulau Mangsee di Filipina setelah bot pukat tunda yang dinaiki karam akibat ribut tropika Tembin.

Sebelum kejadian, keempat-empat mangsa bersama 16 lagi nelayan lain dikatakan turun ke laut untuk memukat ikan di sekitar perairan Pulau Mangsee.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.