Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, polis turut menyita empat buah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai digunakan dalam perlumbaan haram tersebut.

"Serbuan dan tangkapan dilakukan oleh pegawai dan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. Kesemua mereka ditahan berdasarkan hasil risikan dan penugasan OP Samseng Jalanan.

"Keenam-enam individu terbabit telah ditahan dan ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti lumba haram disamping memandu secara melulu dan merbahaya," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, kesemua lelaki itu direman selama dua hari bermula semalam dan akan dituduh dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau memberi amaran tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil oleh pihak polis terhadap pelumba haram tanpa sebarang kompromi.

"Aktiviti lumba haram boleh mengundang bahaya kepada semua pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman penduduk," katanya.- K! ONLINE