Difahamkan, mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 2.30 petang itu merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream, manakala pemandunya cedera. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal  mendapati kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori yang dipandu dari arah Sepang, Selangor dipercayai melanggar sebuah motosikal lalu terbabas ke laluan bertentangan. 

Menurut beliau, kenderaan berat itu kemudian merempuh tiga lagi kenderaan lain iaitu Honda Stream, Mercedes dan Perodua Myvi. 

"Nahas mengakibatkan lima cedera membabitkan tiga pemandu kenderaan di laluan bertentangan, seorang penunggang motosikal dan pemandu lori itu. 

"Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE