Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dalam sidang akhbar mengumumkan kedudukan terkini universiti tempatan di sini hari ini berkata daripada senarai itu, Universiti Malaya (UM) kini berkedudukan ke-70 terbaik dunia, meningkat 17 anak tangga berbanding tahun lalu.

Berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020 yang dikeluarkan hari ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini di kedudukan ke-159 daripada kedudukan ke-202, Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-160 (184) dan Universiti Sains Malaysia ke-165 (207).

Turut menunjukkan peningkatan ialah Universiti Teknologi Malaysia yang naik 11 anak tangga daripada kedudukan 228 sebelum ini, katanya.

“Siri penarafan ini menyaksikan 20 universiti tempatan tersenarai dengan 10 daripadanya berjaya memperbaiki kedudukan, dua universiti mengekalkan kedudukan, tujuh universiti tersenarai untuk kali pertama, manakala sebuah universiti tergelincir dari kedudukan tahun lepas,” katanya. - Bernama