Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, pihaknya akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan jambatan itu diteruskan atas faktor keperluan semasa walaupun ada gesaan kajian semula dilakukan terhadap projek yang belum bermula itu.

Empat projek berkenaan ialah pembinaan jambatan Sultan Haji Ahmad Shah yang dinaik taraf bernilai RM160 juta menggantikan jambatan Sungai Kechau (RM9 juta), jambatan Bentong (RM5 juta) dan menggantikan jambatan Sungai Mabuk di Kuantan (RM10.2 juta).

"Kementerian akan meminta (MoF) meletakkan projek ini sebagai keutamaan untuk kepentingan rakyat Pahang yang akan menerima manfaatnya jika ia diteruskan," katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja dan Taklimat Menaiktaraf Jambatan Kedua Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Abdul Jalil Muhamed dan Jurutera JKR Daerah Temerloh, Rosli Osman. - Bernama