Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian dekat Felda Bukit Mendi itu mengorbankan seorang lelaki, dua wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia didapati tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian. Seorang pemandu lori dilaporkan selamat, manakala seorang lagi mengalami kecederaan,” katanya.

Setakat ini, identiti semua mangsa serta laporan penuh berhubung kejadian tersebut masih belum diperoleh. - K! ONLINE