Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, kesemua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta, Norfasmida Mohamed, 24, kakaknya, Mimi Suziana, 39, adiknya, Ahmad Faris, 16, dan rakannya, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, keempat-empat mangsa yang meninggal dunia itu berada di dalam kereta terbabit manakala pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.