Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, pemandu kereta, Mohd. Aziratul Khizam Azis berusia 23 tahun bersama tiga penumpang lain disahkan meninggal dunia di lokasi.

Bagaimanapun, maklumat lengkap mangsa masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, dua penumpang yang turut berada di dalam Proton Saga terbabit dan 25 penumpang serta pemandu bas dilaporkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitenda Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum insiden Proton Saga tersebut dalam perjalanan dari Ranau menghala ke Telupid.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar bas ekspres yang berada di bertentangan.

"Kesan kemalangan itu pemandu dan penumpang yang berada di dalam Proton Saga BLM maut di lokasi manakala dua lagi penumpang terselamat," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Ranau dekat sini untuk tindakan lanjut. - K! ONLINE