Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, empat lelaki berumur 25 hingga 34 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Dalam kejadian 8.30 malam itu seramai 26 individu cedera ketika perarakan Thaipusam yang diadakan berdekatan kuil iaitu melibatkan 14 lelaki dan 12 wanita berusia antara lima hingga 59 tahun dengan empat daripada mereka dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

Terdahulu, Saifi memaklumkan polis menahan empat lelaki terbabit kira-kira 12 tengah malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama