Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam satu kenyataan memberitahu, keadaan itu berpunca daripada kadar penurunan hujan dalam suku keempat tahun ini yang lebih daripada biasa.

“Peratus takungan semasa yang dicatatkan pada hari ini (semalam) bagi Empangan Muda adalah 101.16 meter (107.6 peratus), Empangan Pedu 97.29 meter (98.87 peratus) dan Empangan Ahning 111 meter (90.80 peratus),” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Paras penuh bagi Empa­ngan Muda adalah 100.58 meter, Empangan Pedu (97.54 meter) dan Empangan Ahning (112.9 meter).

Katanya, Empangan Muda telah mula melimpah pada 8 Oktober lalu dan berakhir pada 20 Oktober lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.