Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mustapha berkata, perkara tersebut dilihat sudah menjadi keperluan mendesak yang perlu disegerakan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di musim kemarau.

Menurutnya, kebanyakan sumber bekalan air negeri ini banyak tertumpu di kawasan Hulu Kelantan.

"Bila sumber air di kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditakung, ia akan terlepas begitu sahaja. Jadi tiba sahaja musim kemarau kita tidak dapat guna.

"Bila ada empangan di Kelantan, sumber air pada musim hujan kita dapat takung dan lepaskan ke sungai," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu kemarau di negeri ini di sini hari ini.

Terdahulu, Kamal bersama pegawainya meninjau keadaan paras air di empangan Bukit Kwong, Lubok Stol di sini hari ini.

Kamal memberitahu, situasi itu akan memberikan kesan besar setiap kali tibanya musim kemarau apabila rumah-rumah pam tidak dapat beroperasi disebabkan oleh penurunan paras air sungai. - K! ONLINE