Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan untuk mengharamkan perkara itu perlu diputuskan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian pada perasmian 'Think Media Malaysia 2018 with Google' di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan - Malaysia, Vietnam, Filipina dan New Emerging Markets di Google, Sajith Sivanandan,

Gobind Singh berkata, kementerian sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pihak berkepentingan relevan untuk mencari hala tuju terbaik bagi negara ini dan rakyatnya.

"Kami bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan persekitaran kondusif bagi pengamal media. - Bernama