Pengarahnya, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata peringatan itu dibuat susulan terdapat kes pelanggaran susu kambing yang dikesan mengandungi bakteria 'brucella' di sebuah ladang ternakan kambing di Pulau Indah, dekat sini.

"Sampel yang diambil di ladang tersebut mendapati susu kambing itu terdapat bakteria 'brucella' selain melanggar Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983.

"Insiden kejadian wabak 'brucellosis' membabitkan seramai lapan orang yang mengalami simptom itu akibat meminum susu kambing dari ladang tersebut baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata, pengambilan susu mentah adalah berisiko terutama kepada individu yang mempunyai daya tubuh (sistem imun) yang rendah terutamanya warga emas, wanita mengandung, kanak-kanak dan bayi.