Perdana Menteri percaya kejayaan itu adalah hasil pelbagai program yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya bertujuan memberi manfaat kepada rak­yat secara keseluruhannya.

“Kami telah menyediakan ratusan ribu rumah mampu milik, membantu golo­ngan berpendapatan rendah, perkhidmatan perubatan yang sangat murah menerusi Klinik 1Malaysia.

“Bukan itu sahaja, penge­cualian Cukai Barang dan Perkhidmatan terhadap bara­ngan makanan asas, kursus latihan serta insentif perniagaan terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana yang merupakan tulang belakang ekonomi negara,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.