Setiausaha Agungnya, Mohamed Anwar Abu Bakar, 45, berkata, program yang diadakan sejak tahun 1954 tersebut bertujuan bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W.

"Pada tahun ini, kita meneruskan tradisi yang telah diadakan sejak tiga generasi yang terdahulu bagi mengingati serta mencintai pengorbanan Baginda Rasulullah dalam mengembangkan syiar Islam.

"Program yang berlangsung secara bergotong-royong ini bermula sejak pukul 10 malam tadi dengan memasak sebanyak 120 kilogram (kg) daging dan beras," katanya ketika ditemui wartawan Kosmo! hari ini.

Tambahnya, pemberian nasi beraini tersebut kepada orang ramai dilakukan selepas menunaikan solat Jumaat hari ini. - K! ONLINE