Beliau berkata, penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baharu.

"Kementerian menyambut baik syarikat pengeluar dan pengeksport menggunakan peluang ini untuk mengeksport minyak sawit.

"Dengan cara ini, kita akan dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil kelapa sawit," katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Penanam Sawit di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Teresa berkata, beberapa pasaran baharu negara lain juga  berminat mengimport minyak sawit, termasuk  benua Afrika, Arab dan Rusia.

"Namun, semua itu perlukan masa untuk dijalankan dan berharap dengan duti percuma ini akan mengalakkan lebih banyak eksport minyak sawit," katanya.

Mengenai dialog itu, Teresa berkata, antara masalah yang dihadapi oleh penanam sawit ialah harga rendah, tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan cukai.

Beliau berkata, antara langkah yang perlu diambil untuk menangani isu itu ialah memberikan gambaran yang jelas tentang manfaat minyak sawit, khususnya di pasaran Eropah. - Bernama